Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air
mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak
mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat
mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru
bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah
sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang
berlaku.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak
pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki
mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia
mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa
depan anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan
masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan
mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia
hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia
mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah
sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa
dihargai.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu
tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai
sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui
bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia
benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa
bermain di mata.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik
dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji
kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di
matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih
ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang
terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud
untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu
bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat
lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar
fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu
menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar
menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu
emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan
itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling
memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan
itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu
merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan
tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat
lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang
perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan
sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan
membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi
perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
p/s: Ingatlah wahai LELAKI, tanpa seorang PEREMPUAN siapalah kamu...
cubalah menyintai dan menyayangi serta mengerti dan fahami hati dan
perasaan seorang perempuan kerana dia bukan inginkan harta tapi hanya
perhatian dari seorang lelaki. andai telah kau temui jagalah dia dengan
sepenuh hati, kerana orang perempuan dia susah nak cari keburukan orang
yang dia sayang. sekiranya suatu saat dia pergi tinggalkan kamu jangan
ditanya kenapa kerana mungkin perbuatan kamu yang menyebabkan dia
terpaksa pergi walaupun hati tak merelakannya
7:08 PM
0 Response to "Andaikan memahami hati serang perempuan"
Post a Comment